BENARKAH BENDA ATAS KUBAH MASJID NABAWI KUBUR PENJAHAT? |Betul
ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah
sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur
seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?
Misteri Kenapa Ada Mayat di Atas Kubah Masjid Nabawi, Bongkar Adakah Benar Ia Kubur..
Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini:
-Persoalan
mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah
kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi
tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad
Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bidaah dholalah
adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama
menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Taala hanya
menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.
-Apa
yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun
tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah
Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri
jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan
boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat
Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya
mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia
bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid
An-Nabawi..
-Jadi,
artikel yang banyak disebarkan di internet tentang kubur tersebut
adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan
umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri.
Wallahualam.
Sumber: ohmy-gummy
0 comments:
Post a Comment