SUBHANALLAH !!! RamaiYang Tidak Ketahui Proses Penentuan Jantina Bayi Mengikut Al-Quran. Memang menakjubkan !! Jom Baca | Di dalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu..
Dalam
surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan
kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila
dipancarkan.”..
-Nuthfah,
mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti
yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah
Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah
disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh
kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang
dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang
bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma....
-Hal
ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau
sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan.
Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma.
Justeru
didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic,
perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau
sperma....
-Justeru
ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia,
penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih
lelaki yang terdapat dalam air mani....
-Kenyataan
ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan
secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan
oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah
kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi
lelaki atau perempuan...
Y dan XX
-Benih
lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita
iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan
berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki
berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan
X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantumdengan salah satu
daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina
seseorang bayi....
Oleh
kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X,
sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang
menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah
kromosom lelaki...
-Sekiranya
kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu
menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum
dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru
benarlah kenyataan Allah yang mengatakankejadian lelaki dan perempuan
ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang
bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap
mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia
berkeadaan mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah
yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya.
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….
0 comments:
Post a Comment