Sunday 15 January 2017

MASYAALLAH !! Sakitnya.. Kayu penyepit tembus otak

MASYAALLAH !! Sakitnya.. Kayu penyepit tembus otak | Beijing: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun masih panjang umur apabila terselamat selepas kayu penyepit terpacak empat sentimeter ke dalam otaknya melalui mulutnya...

-Kanak-kanak dikenali sebagai Tong Tong itu tersandung ketika makan menggunakan kayu penyepit di rumahnya di Hanzhong pada 8 Januari lalu.,.



-Doktor berjaya mengeluarkan alat itu yang cuma satu milimeter hampir terkena tangkai otaknya - bahagian yang mengawal pelbagai fungsi badan termasuk menelan dan bernafas...

-Tong Tong dilaporkan baru mula makan sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) sebelum tersandung menyebabkan kayu penyepit digunakannya termasuk ke dalam mulutnya yang ternganga, lapor Kan Kan News...

-Dia dibawa ke Hospital Kanak-kanak Xi’an di mana imbasan CT mendapati 13 sentimeter kayu penyepit itu termasuk ke dalam mulutnya dengan empat sentimeter menembusi otak...

-Pakar bedah saraf di hospital itu, Mi Weiyang berkata: “Kayu penyepit itu cuma satu milimeter dari tangkai otak iaitu organ penting untuk manusia...

-“Dia amat bernasib baik kerana kayu penyepit itu tidak digerakkan. Jika tidak dia pasti mengalami pendarahan dalaman dan berkemungkinan tinggi membawa maut.”

-Hasil pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan kayu penyepit itu 11 jam selepas kejadian berlaku. Tong Tong kini dilaporkan dalam keadaan stabil...

sumber : harian metro

MASYAALLAH !! Sakitnya.. Kayu penyepit tembus otak Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

User Online

Followers

Popular Posts

Like Pages Kami