KECOH PASAL LOAN PERUMAHAN ! Mengapa Saya Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram? HARAM | Katalah salah seorang dari saudara
saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman
wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah
semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak
RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik
didalam hati saya,"ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba' haram jadinya, baik aku ubah sikit".
**Saya: "Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.
Mat: "Syarat macamana pulak tu?.
Saya: "Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik".
Mat: "Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli".
-Apa
pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar
berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada
membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman
RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar
riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar
selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.
-Rujuk
kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda
ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah
anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di
air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit "darah" Mat dan tidak mahu
membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging
sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda
mengambil untung dari kesusahan orang lain?
-Jika kita rujuk kes kedua untuk
membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel "bank Islam"
tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan
atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah.
Yang membezakan adalah dizaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana
terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti "beli lebih baik dari
menyewa", untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri
(sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan
menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan
dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan
nafsu dan bukan desakan hidup. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui
rumah), 70 ribu "darah" Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki
sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat "keuntungan", adakah wang
itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar,
Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri?
Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan
sedemikian?
-Apa bezanya jika kita sebagai
individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari
pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana
mereka perlu memastikan "kebajikan" pelabur. Disebabkan bank adalah
institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja
menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur
tidak rasa bersalah kerana "kerja kotor" ini dilakukan oleh pihak
ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika
saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas
diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang
lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya
sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah
satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat
atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri
melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.
-Jika kita meng"islam"kan
sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing
sini, bagi nama lain "muserakah" atau "mudah rebah", pembiayaan dan
bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi
lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak
jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri.
-Ini jika kita lihat diri kita
sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam
didalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,
-Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper"hamba"kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena "menyedut darah" masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka."tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya".
-Baik konvensional atau islamik,
manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, disini kita boleh
kategorikan dua jenis perhambaan perhambaan yang berlaku,
1) Perhambaan fizikal
yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun
tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank
walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun
harganya jatuh. Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus
mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga
rumah jatuh dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas
mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini
tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai
habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau
menindas?
2) Perhambaan mental.
Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap
bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari
anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada
pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos
anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan
kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut
, kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap
kemungkaran yang berlaku didepan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza
jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan. Ini hanyalah satu
contoh kecil yang mana disebabkan hutang baik islamik atau tidak, ramai
antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi
yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih
ada saki baki iman, maka hiduplah didalam keadaan tertekan, stress dan
sebagainya.
-Sistem
perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup
didalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional.
Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang
semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang
menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang
mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin
tertekan.
-Apabila hidup didalam keadaan
tertekan, keadaan "fight or flight", mentaliti manusia menjadi lebih
kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah
berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang
paling nyata amat jelas sekali didalam kehidupan seharian kita, lihat
bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing
suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain
sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika
solat jemaah. Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak
sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi
tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari
kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan
memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan
duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri
bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu
sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun
hanyalah sebagai badan untuk mejaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.
-Hanya selepas 1100 tahun
kedatangan Islam baru lah wujud "makhluk" yang dinamakan bank, dan siapa
yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi
British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia
Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba' didikan barat ini hanya
memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya
sedangkan prinsip disebaliknya adalah sama. Jangan terkejut ada "Sheikh"
British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah "sheikh"
tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya
klasiknya "Merchant of Venice". Ini antara bukti kristian pada awal
kurun ke 17-18 juga amat menentang riba' akan tetapi sebab kawalan minda
yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus
keagamaan mereka.
-Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan didalamnya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap didalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang didalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai didalamnya maka bagaimana kita boleh me"niaga"kan suatu yang tidak jelas itu?
-Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1,
barat menakluk hampir kesemua negara didunia ini dan meninggalkan dua
virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem
perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum
Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba', judi
dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba'. Dan
apabila virus ini sudah menyelinap kedalam salur darah masyarakat maka
mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh "remote control" sahaja
untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba'nya sekali.
-Pada pendapat saya bank tidak
sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu
yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak
berada didalam wang itu sendiri. Nilai wang kita berada didalam
genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat
sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?
-Saya perhatikan di hospital
kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat
rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan
tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba' atau tanpa faedah kepada rakyat
dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya
mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan
atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya dinegara kita seperti
sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya
adalah dari wang. Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat
jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan
lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut darinya.
Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga
dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya
akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.
-Seperkara lagi yang boleh
difikirkan dalam bab menghalal atau mengharamkan sistem pinjaman islamik
ini, cuba perhatikan apakah faedah yang akan didapati oleh mereka yang
mencanangkan untuk menghalalkannya dan faedah bagi mereka yang
mengharamkannya. Jika sistem perbankan islamik ini membayar gaji atau
memberi pulangan dalam bentuk pelaburan kepada seseorang itu adakah dia
akan membantahnya? Bak kata pepatah barat;
-Cuba perhatikan pula mereka yang mencanangkan ianya haram, adakah mereka akan mendapat faedah dari pengharaman tersebut? Sheikh Imran Hossein adalah antara ulama yang keras menentang cara yang diamalkan oleh perbankan islam, apakah faedah yang akan beliau dapat dari usaha beliau? Pada pendapat saya apa yang akan diperolehinya adalah pahala yang teramat banyak dari Allah kerana beliau boleh "melihat" kemungkaran, kezaliman dan penindasan yang berlaku disebalik sistem yang kononnya Islamik itu."kamu tidak akan menggigit tangan yang menyuapkan makanan kepada kamu".
Saya memohon ampun dan maaf
kiranya ada rakan-rakan yang marah atau terasa hati dengan
artikel-artikel saya berkenaan riba' terutamanya yang menyentuh
berkenaan bank Islam. Saya banyak merantau dan apabila pergi
kenegara-negara miskin terdetik dihati saya mengapa dunia jadi begini.
Hasil dari pembacaan dan berfikir secara mendalam maka jawapan yang
nyata kepadanya adalah sistem riba' itu sendiri yang telah menakluk
seluruh dunia dan memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk mengawal
dunia dari segenap aspek kehidupan termasuklah hingga ke tahap
memastikan siapa pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya sesebuah negara
yang kritikal bagi memastikan keuntungan korporat mereka. Perhambaan
fizikal telah lama berlaku akan tetapi perhambaan kewangan sedang
memuncak dengan hebatnya dan sistem perbankan inilah mekanismanya.
-Memang idea-idea dan pemikiran
baru agak sukar diterima lebih-lebih lagi jika manusia perlu melakukan
banyak perubahan dalam kehidupannya yang sudah selesa untuk menerima
idea baru itu. Lihatlah apa yang terjadi kepada Galileo Galilei
yang menyatakan bumi yang mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja
dari rujukan kitab Bible telah mem"fatwa"kan sebaliknya. Pada tahun 1633
beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah atas tuduhan
mendustakan agama. Begitu hebat sekali tentangan yang dihadapinya,
beliau menjadi buta dan mati pada tahun 1642, hanya selepas 370 tahun
kematiannya baru pihak gereja meminta maaf atas layanan yang dikenakan
terhadap Galileo. Begitu jugalah dengan Islam yang ditentang hebat
semasa mula disebarkan oleh Nabi SAW.
-Haramnya pinjaman perbankan islam ini adalah untuk saya dan keluarga. Ini bukan "fatwa" untuk diikuti oleh rakan-rakan sekalian.
Akan tetapi jika artikel-artikel saya ini mampu memberi ketukan diminda
rakan-rakan agar kembali memikirkan betulkah halal seperti apa yang
dicanang-canangkan oleh perbankan islam, itu sahaja sudah cukup bagi
saya untuk bersyukur kepada Allah dan berpuas hati dari usaha yang tidak
seberapa ini. Moga ianya menjadi titik permulaan pemikiran baru
dikalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi generasi baru iaitu
adik-adik dan anak-anak yang masih belum merasai "nikmat" meminjam dan
memberi pinjaman. Agak sukar untuk menerima dan berubah bagi mereka yang
sudah cukup selesa dengan cara lama, kecuali jika dibuka hati mereka
oleh Allah untuk menyedarinya.
Marilah bersama merenung kembali
tujuan sebenar perbankan itu sendiri, adakah untuk membantu umat islam
atau mengambil kesempatan keatas kejahilan umat islam itu sendiri.
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Surah Ar Rum 30:39)
-Manusia
akhir zaman tidak lagi percaya bahawa rezeki mereka sebenarnya datang
dari Allah, maka mereka menggunakan akal pendek mereka untuk memastikan
harta mereka bertambah dengan pelaburan walaupun ianya menindas manusia
hatta dengan label islamik sekalipun. Apa yang saya coretkan disini
hanyalah membawa pemikiran baru, terpulang kepada anda untuk
menerimanya, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya untuk menyampaikan
sudah selesai, ahamdulillah. Saya hanya ingin membina minda yang bebas
dari perhambaan kewangan baik yang islamik atau tidak. Tepuk dada tanya
iman dan berfikirlah samada anda akan diperhambakan atau tidak dengan
sistem kewangan moden ini. Bukan hak saya untuk menghalang, apa yang
saya lakukan hanyalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan beresan-pesan
dengan kesabaran.
0 comments:
Post a Comment