'Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga'

"Jangan anggap orang yang cacat penglihatan, pergerakan dan aktiviti semuanya terbatas," kata Muhammad Firdaus kepada Harian Metro.
-Menurutnya, orang yang cacat penglihatan sepenuhnya seperti dia bukan
hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata, kerana turut
menggunakan deria lain termasuk pendengaran, rasa dan naluri yang
dikurniakan Allah SWT.
-Mengulas mengenai gambar dia dan anak kecilnya, Muhammad Razin Hamizan, 8
bulan, viral di media sosial, Muhammad Firdaus berkata, mereka dalam
perjalanan pulang ke rumah di Sentul Timur selepas menjemput anak
lelakinya pulang dari pusat penjagaan berdekatan kediamannya.
"Itu adalah rutin harian saya di mana sebelum ke tempat kerja di
Titiwangsa, saya akan berjalan ke stesen LRT untuk menaiki LRT bagi
menghantar anak ke pusat penjagaan selewat-lewatnya sebelum jam 8 pagi.
"Selepas selesai kerja pada 5.30 petang, saya akan menjemput isteri di
tempat kerjanya di Taman Pelangi, Sentul sebelum bersama-sama menjemput
anak di pusat penjagaan tersebut," katanya.
-Isterinya Noor Hidayah Ibrahim, 29, yang juga cacat penglihatan kategori
rabun teruk, akan membahagikan tugas menjaga anak kerana dia juga
bekerja.
"Selalunya isteri akan mengambil tugas menjaga anak pada waktu malam,
manakala saya pula akan mengambil serta menjemput anak selepas selesai
waktu bekerja. Kadang-kadang isteri juga bekerja pada hari Sabtu dan
saya akan menjaga anak sehingga isteri pulang bekerja.
"Misalnya penjagaan membabitkan penukaran lampin pakai buang, saya akan
pastikan sama ada dia kering atau basah. Kalau basah, lampin itu
biasanya akan mengembang. Dari aspek pemakaian lampin pula, saya akan
pastikan ia berada pada kedudukan betul-betul di bawah punggung anak,"
katanya.
![]() |
Gambar Muhammad Firdaus bersama anak dan isterinya bertemu dengan Neena dan suaminya selepas gambar viral di media sosial | Foto Neena Anuar |
Semoga Keluarga beliau dalam keadaan sejahtera dan dimurahkan rezeki. Amin
0 comments:
Post a Comment